eKelas Usahawan Modul 1: Strategi Pemasaran Digital
8 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 Oktober 2025, seramai empat orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah mengikuti program SLS Mahir Masak: Haemul-Pajeon (Green Onion Pancake) yang disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Studio Mahir. Program ini dikendalikan oleh Cikgu Ros dan merupakan salah satu aktiviti di bawah inisiatif NADI Mahir.
         
         Program ini memberi tumpuan kepada demonstrasi penyediaan Haemul-Pajeon, iaitu pancake daun bawang dengan makanan laut yang popular di Korea Selatan. Sepanjang sesi, peserta diperkenalkan kepada langkah-langkah penyediaan adunan, teknik memasak supaya pancake menjadi rangup di luar dan lembut di dalam, serta cara menyediakan sos pencicah tradisional Korea yang melengkapkan hidangan.
       
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
 
         
         
        


